Spotify Akan Menambah 500,000 Lagi Buku Audio Dengan Kerjasama Storytel

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Januari tahun lalu, Spotify menggandakan penawaran buku dalam bentuk audio pada platform mereka. Pelbagai karya klasik Inggeris ditawarkan dengan bacaan dari selebriti terkemuka Forest Whitaker dan Hilary Swank. Bagi meneruskan lagi penawaran buku audio, mereka bekerjasama pula dengan Storytel.

Menerusi kerjasama ini, 500,000 buku audio dari Storytel akan ditawarkan di Spotify menjelang penghujung 2021. Pelanggan Storytel boleh mendengar buku audio dari katalog Storytel ini terus dari Spotify. Ini dilakukan menerusi Spotify Open Access Platform yang diumumkan sebelum ini.

Spotify Open Access Platform, membolehkan perkhidmatan lain menawarkan kandungan berbayar mereka kepada pelanggan menerusi Spotify. Langganan akan terus dibayar kepada platform asal dengan Spotify menghoskan kandungan pada platform mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami