Cari @ Amanz

Terdahulu, Nubia telah merancakkan lagi rangkaiaan peranti pintar keluarannya menerusi pengenalan siri Nubia Red Magic 6. Antara titik jualan utama yang cuba diketengahkan oleh peranti di bawah siri ini termasuklah – sokongan kadar segar semula yang tinggi mencecah 165Hz dan pengunaan cip Snapdragon 888.

Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus mengenai kewujudan Nubia Red Magic 6R pula. Peranti ini dikhabarkan muncul dengan kod model NX666J yang ditemui pada senarai TEENA. Enggan membiarkan ramai pihak terus berteka-teki, Nubia mengambil pendekatan untuk berkongsi lebih lanjut mengenainya.

Melaluinya, jenama ini telah memuat-naik hantaran terkini yang mendedahkan tarikh pelancaran peranti berkenaan. Melaluinya, Nubia Red Magic 6R dilihat bakal diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan iaitu 27 Mei 2021. Pelancaran ini bakal diadakan di China dan penawarannya kelak sedikit lebih rendah berbanding Nubia RedMagic 6.

Mengikut spekulasi awal, Red Magic 6R dipercayai hadir dengan skrin 6.6-inci AMOLED, sistem operasi Android 11, kuad-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri 4,100mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd