Ini Adalah Perubahan Baharu Pada YouTube Bermula 1 Jun 2021 – Lebih Iklan, Potongan Cukai

Diterbitkan pada Mei 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google melalui YouTube telah menyatakan akan melakukan beberapa perubahan pada platform video mereka bermula 1 Jun 2021 ini, dan kini telah mula mengingatkan pengguna berkaitan dengannya.

Bermula 1 Jun 2021 ini, beberapa perubahan baharu akan diimplementasikan, termasuk dari segi pengiklanan dan juga potongan cukai.

Melalui apa yang dinyatakan, kini YouTube berhak mengewangkan semua kandungan pada platform YouTube – dan iklan mungkin dipaparkan pada video anda, walaupun saluran tidak menyertai Program Rakan Kongsi YouTube.

Disamping itu, semua pengkarya YouTuba akan tertakluk kepada potongan cukai – selari dengan undang-undang di Amerika Syarikat. Dengan perubahan ini, potongan cukai akan dikenakan ke atas pendapatan yang dijana menerusi penonton dari Amerika Syarikat. Potongan ini akan dilakukan secara automatik.

Disamping itu, YouTube turut menekankan yang mana kini orang ramai tidak boleh mengumpulkan maklumat yang mungkin mengenal pasti seseorang individu tanpa kebenaran mereka.

Semua perubahan baharu ini akan berkuat-kuasa di YouTube bermula 1 Jun 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami