Cari @ Amanz

Minggu lalu dokumen yang menunjukkan Samsung memfailkan dokumen permohonan tanda dagang untuk Z Roll telah ditemukan oleh LetsGoDigital. Ini mungkin nama peranti skrin boleh-gulung pertama mereka yang dikhabarkan akan dipasarkan tahun 2022.

Tetapi ini mungkin bukan nama peranti yang digunakan kerana Samsung turut telah memfailkan tanda dagang untuk Z Slide menerusi laman EUIPO. Sekali lagi dokumen ditemui oleh laman LetsGoDigital. Terdapat spekulasi Z Roll ialah peranti skrin boleh-gulung seperti prototaip Slidable yang telah diperlihatkan dalam video yang dikongsi Samsung Display. Sementara itu Z Roll pula mungkin untuk peranti skrin tri-lipatan S Foldable yang turut diperlihatkan dalam video yang sama.

Samsung nampaknya komited dengan perancangan asal untuk menambah lebih banyak peranti skrin boleh-lipat seperti yang dijanjikan dua tahun lalu. Pasaran peranti skrin boleh-lipat masih lagi kecil dengan jualan dianggarkan sekitar 1 juta unit setahun. Pada waktu ini Samsung masih lagi mengusai pasaran segmen ini dengan Xiaomi, Oppo dan Motorola masing-masing cuba memberikan persaingan yang sengit tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd