Hari ini beberapa produk yang diumumkan oleh Apple di acara Spring Loaded akhirnya ditawarkan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membeli Apple TV 4K, kotak TV generasi terbaru ini sudah boleh dibeli menerusi laman web Apple Malaysia.

Harga jualan ialah RM849 untuk storan 32GB dan RM949 untuk storan 64GB. Kedua-dua model ini bukan sahaja dilengkapi pemproses Apple A12 yang lebih berkuasa untuk menyokong paparan 4K HDR 60 FPS tetapi juga hadir dengan alat kawalan jauh baharu dengan roda kawalan seakan iPod klasik.
Selain menstrim kandungan video, ia turut serasi digunakan sebagai konsol yang menyokong permua Apple Arcade menerusi sokongan alat kawalan jauh Xbox dan PlayStation.