Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan awal petang tadi, Singapura kini menggunakan peranti ujian Covid-19 menggunakan hembusan nafas keluaran Breathonix di sempadan negara tersebut dengan Malaysia. Kini MYEG mengumumkan pula mereka telah menandatangani perjanjian dengan Breathonix untuk menawarkan peranti ujian ini untuk pasaran Malaysia.

Peranti Breathonix mampu memberikan keputusan ujian Covd-19 dalam masa 60 saat sahaja dengan ketepatan sekitar 90%. Sebagai pengedar eksklusif rasmi Breathonix di Malaysia, MYEG kini sedang melakukan permohonan dan kelulusan dari pihak berkuasa bagi membolehkan peranti ujian menggunakan nafas ini boleh digunakan untuk pasaran Malaysia.

Ujian menggunakan hembusan nafas dilihat lebih mampu milik, pantas dan mudah digunakan berbanding ujian RT-PCR yang menyakitkan kerana proses calitan dan mengambil masa beberapa jam sebelum keputusan diterima. Penggunaan peranti ujian hembusan nafas diharapkan akan mempercepatkan proses saringan khususnya di pintu masuk sempadan negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd