1 Jun ini, pelanggan Apple Music boleh terus menikmati penstriman audio nirhilang tanpa sebarang caj tambahan. Ia adalah format audio tertinggi, di mana kualiti adalah sama seperti rakaman secara terus daripada studio. Tetapi, sayang sekali tiada aksesori audio Apple yang menyokong penstriman audio nirhilang – termasuk HomePod dan AirPods Max.
Pada waktu ini kesemua aksesori audio bluetooth Apple masih tidak menyokong codec ALAC kerana hanya sekadar menyokong codec AAC.
Petikan artikel: AirPods Max Dan AirPods Pro Tidak Menyokong Audio Kualiti Tertinggi Apple Music Yang Baru Diumumkan

Dalam dokumen sokongan pengguna baharu yang diterbitkan Apple, jelas kelihatan yang Apple lebih ingin fokus kepada sokongan Audio Spatial dengan Dolby Atmos berserta codec audio merea AAC. Tetapi berita baik buat pengguna HomePod dan HomePod Mini, kerana Apple kini menjanjikan yang kedua-dua pembesar suara pintar mereka akan menyokong audio nirhilang dalam kemaskini perisian di masa akan datang.

Tetapi kesemua AirPods, AirPods Pro dan AirPods Max tidak menyokong audio nirhilang. Ini kerana sambungan Bluetooth tidak menyokong format audio ini. Tetapi aksesori rasmi Apple penyesuai Lightning ke 3.5mm menyokong 24-bit/48 kHz, jadi boleh terus digunakan pada mana-mana aksesori. Walau bagaimanapun, kabel audio Lightning ke 3.5mm rasmi – tidak menyokong format audio tinggi tadi.

…. pelanggan Apple Music perlu menggunakan aksesori berwayar dengan penyesuai dengan DAC terbina. Berita baik setakat ini ialah kualiti audio tinggi boleh dinikmati pengguna Apple TV yang menyambungkannya kepada pembesar suara.
Petikan artikel: AirPods Max Dan AirPods Pro Tidak Menyokong Audio Kualiti Tertinggi Apple Music Yang Baru Diumumkan

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Apple TV menyokong audio nirhilang melalui pembesar suara dan kabel yang betul. Manakala iPhone, iPad dan Mac walaupun syarat minima untuk audio nirhilang adalah pembesar suara terbina, Apple masih menggalakkan penggunaan kabel 3.5mm berserta penyesuai yang betul dan juga aksesori tambahan seperti DAC.