Rusia Mengancam Memperlahankan Trafik Google Sekiranya Kandungan Terlarang Tidak Dihalang

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Rusia hari ini menerusi agensi komunikasi, Internet dan media masa Roskomnadzor mengeluarkan amaran supaya Google membuang kandungan yang dilarang dari diakses oleh pengguna di negara tersebut. Sebelum ini Google enggan membuang permohonan Roskomnadzor untuk membuang 26,000 kandungan yang didakwa berbahaya kepada keselamatan negara seperti menggesa warna Rusia untuk menentang Presiden Vladimir Putin.

Google PRU14

Google diberikan masa 24 jam untuk memenuhi arahan Roskomnadzor sebelum dikenakan denda 4 juta Ruble (~RM 225,000) dan akses kepada perkhidmatan diperlahankan. Selain enggan membuangkan kandungan yang menentang Presiden Putin, Google turut didakwa menghalang akses Youtube kepada saluran media kerajaan Sputnik dan RT.

Sekiranya kesalahan berulang, denda bernilai 10% pendapatan tahunan Goggle juga boleh dikenakan oleh Roskomnadzor. Amaran yang diberikan kepada Google sama seperti yang dihadapi oleh Twitter. Selepas enggan membuang kandungan dari platform akses kepada Twitter kini diperlahankan di Rusia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami