SK Hynix Semakin Dekat Untuk Mengambil-alih Perniagaan Storan SSD Dan Memori Intel
Nazrin
Untuk memfokuskan kepada pembangunan-semula perniagaan semikonduktor dan cip pemprosesan mereka untuk menandingi syarikat-syarikat seperti ARM, AMD dan NVIDIA dan sebagainya, Intel dilihat telah mula menjual perniagaan-perniagaan yang tidak membantu dalam proses tersebut.
Sebelum ini, ia telah dilaporkan bahawa SK Hynix, syarikat pembangun cip memori dan storan telah menunjukkan minat untuk mengambil-alih perniagaan storan Intel untuk $9 bilion, dimana ia perlu melepasi persetujuan beberapa badan kerajaan untuk mengelakkan masalah anti-persaingan.
Terkini, ia dilaporkan bahawa Kesatuan Eropah telah meluluskan proses pengambil-alihan oleh SK Hynix, dan ia dijangka akan dilengkapkan menjelang penghujung tahun 2021.
Pengambil-alihan perniagaan storan ini bermakna bahawa SK Hynix akan mengambil-alih pelbagai aset seperti kilang pembuatan cip storan di Dalian dan juga hak-milik intelek teknologi storan Intel seperti Optane yang dibangunkan oleh Intel bersama-sama dengan Micron sebelum ini.
Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka bahawa SK Hynix akan merancakkan lagi pembangunan cip memori dan storan mereka, disamping membolehkan mereka membangunkan storan untuk pelbagai jenis industri dan pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.