Rasmi : Poco M3 Pro 5G Akan Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco Malaysia kini mengesahkan yang mana Poco M3 Pro 5G bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tarikh pelancaran untuknya masih tidak dikongsikan lagi, tetapi dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin melihat pelancarannya dalam tempoh sekitar sebulan lagi.

Poco M3 Pro 5G merupakan telefon pintar terbaru daripada Poco, hadir dengan skrin 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 700, dan memori sehingga 6GB RAM. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 5000mAh bersama-sama dengannya.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah tri-kamera 48-megapixel, selain dilengkapi pengimbas cap jari di sisi peranti.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi telefon pintar Poco M3 Pro 5G untuk pasaran tempatan. Secara kasar, penawaran yang disertakan adalah seumpama Redmi Note 10 5G yang sedia ditawarkan di Malaysia pada harga RM799.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami