Cari @ Amanz

Pengasas Huawei kini dilaporkan mengatakan kepada para pekerja Huawei untuk lebih memfokuskan kepada arena perisian, dalam usaha mengurangkan kesan dan impak terhadap syarikat disebabkan oleh perang dagangan dengan Amerika Syarikat.

Untuk makluman, sebelum ini Amerika Syarikat telah menghalang para pengeluar semikonduktor dan perisian untuk menawarkan khidmat kepada Huawei – sekaligus memberikan impak yang tinggi terhadap syarikat gergasi China berkenaan.

Kini, dalam mengatasi perkara berkenaan, Huawei dilihat sedang lebih memfokuskan kepada arena perisian dan perkomputeran awan.

Huawei sedia hadir dengan sistem operasi mereka dinamakan HarmonyOS yang selari pelbagai variasi peranti – dari televisyen ke telefon pintar dan peranti berhubung, disamping turut telah menawarkan kedai aplikasi mereka sendiri.

Disamping itu, Huawei juga turut memfokuskan kepada platform awanan mereka, dan juga kebolehan kecerdasan buatan.

Dengan peralihan ini, ia akan membolehkan Huawei lebih bebas dan tidak terkesan dengan sebarang halangan dagangan disebabkan semikonduktor dan sebagainya.

Huawei juga sedia menjadualkan sebuah acara khas pada 2 Jun ini untuk memfokuskan kepada HarmonyOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd