Dizo Watch Ditemui Dalam Aplikasi Realme Link – Bakal Tiba Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme baru sahaja mengumumkan penjenamaan baru yang memfokuskan kepada rangkaian produk AIoT dikenali sebagai Dizo. Difahamkan, rangkaian produk berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun, pihak Dizo masih berteka-teki mengenai maklumat lanjut berkaitan produk tersebut.

Dalam perkembangan berbeza, satu lagi peranti boleh-pakai baru telah ditemui menerusi aplikasi Realme Link. Hasil semakan kami mendapati peranti berkenaan dikenali sebagai Dizo Watch. Jelas kelihatan, ia berkemungkinan besar salah satu produk yang akan ditawarkan di bawah penjenamaan Dizo kelak.

Bukan sahaja nama model, tetapi rekaan fizikalnya turut diperlihatkan. Di mana, ianya hadir dengan rekaan muka jam berbentuk empat segi bersama tali dengan kemasan rona hitam secara menyeluruh. Buat masa ini, tiada sebarang butiran lanjut mengenainya termasuklah spesifikasi dalaman yang akan ditawarkan. Sama-sama kita nantikan berkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami