Cari @ Amanz

Fon telinga nirwayar bluetooth mempunyai kelemahan di mana ia boleh beroperasi secara purata sekitar 6 jam sahaja. Ini membuatkan ia tidak boleh digunakan sepanjang hari di pejabat. Apa yang kami lalukan ialah memasukkan TWS ke dalam pengecas ketika waktu makan tengah hari. Sonos kini mempunyai penyelesaian yang agak menarik.

Sebuah paten TWS Sonos telah ditemui oleh laman Zatsnotfunny dan ia memberikan gambaran ia hadir dengan ciri bateri tambahan. Bateri ini boleh disambungkan ke bahagian sisi putik fon telinga bagi memberikan cas tambahan kepada bateri terbina.

Cara putik audio disimpan di dalam pod pengecas juga unik kerana ia disambungkan ke sisi kiri dan kanan pod simpanan. Tiada penutup seperti rekaan TWS popular AirPods dan Galaxy Buds. Walaupun Sonos ialah jenama audio yang disegani kerana peranti mereka dijual pada harga premium, mereka masih belum menawarkan fon telinga.

Mereka hanya akhir-akhir ini memasuki era speaker pintar dan speaker mudah alih menerusi Sonos Roam dan Sonos One. Kerjasama dengan IKEA turut telah dilakukan. Dengan paten difailkan, pastinya TWS pertama Sonos akan dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd