Ulasan Realme Watch 2 – Asas, Ringkas Dan Minimalis

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam pasaran tempatan, kita dapat melihat pelbagai jenis penawaran peranti boleh-pakai mampu milik yang tumbuh bak cendawan lepas hujan. Ini mungkin disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai. Selain itu, ia turut mampu memberikan banyak manfaat berguna buat semua pihak.

Realme merupakan salah satu pengeluar yang sering hadir dengan penawaran peranti boleh-pakai dalam segmen mampu milik. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan Realme Watch 2 untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan kesimbungan daripada Realme Watch sebelum ini dengan sejumlah penambahbaikan untuk menarik minat pengguna untuk membelinya.

Justeru, kepada anda diluar sana yang mungkin bercadang mahu membeli jam tang dengan tanda harga yang rendah. Rasanya, Realme Watch 2 adalah antara model yang boleh dipertimbangkan. Dijual pada harga RM299, sudah tentu mustahil untuk kita mendapatkan barangan yang sempurna. Tetapi, ia sebenarnya masih mencukupi untuk anda yang baru mahu berjinak-jinak dengan peranti boleh-pakai. Jadi apa agaknya yang menarik? Teruskan membaca artikel ulasan ini hingga ke penghujung.


Spesifikasi Ringkas Peranti :

Realme Watch 2
JenisJam Tangan Dengan Penjejak Kesihatan
Paparan1.4-inci TFT LCD (320 x 320 pixels)
Pemproses
RAM
Muatan Dalaman
Bateri315mAh
Ketahanan 12 hari (mod biasa)
Ketahanan 20 hari (mod penjimatan)
SIM / Telefoni
SensorHeart rate sensor
Blood oxygen sensor
IP68 Water Resistance Rating
NFC
Infra Merah
Tahap KetahananIP68
Saiz257.6mm x 35.7mm x 12.2mm
WarnaBlack
Harga JualanRM299

Rekaan Fizikal :

Melihat kepada aspek reka bentuk, rekaan yang ringkas dan minimalis tetap menjadi pilihan Realme. Ini mungkin disebabkan fokus utama Realme mahu menjadikan jam tangan ini lebih sesuai digunakan untuk tampilan kasual. Sama seperti generasi sebelumnya, boleh dilihat dengan jelas yang mana Realme Watch 2 juga masih membawakan rekaan yang mirip dengan Realme Watch sebelum ini. Di sini, ia menggunakan muka jam berbentuk empat segi bersama satu butang fizikal pada sisi kanan. Untuk makluman, butang fizikal tersebut boleh digunakan sebagai butang kuasa dan kembali.

Seterusnya, skrin yang digunakan pula bersaiz 1.4-inci TFT LCD dengan resolusi 320 X 320 piksel. Tidak ketinggalan, skrin ini turut menyokong paparan panel bewarna dengan sokongan sesentuh. Di mana, ianya bertujuan bagi memudahkan lagi anda untuk membuat navigasi aplikasi pada muka jam. Jelas kelihatan, kemasan rona hitam yang digunakan nampak cukup kemas. Keseluruhan tubuh diperbuat daripada bahan plastik. Manakala, talinya pula menggunakan bahan berasaskan silikon lembut. Kali ini, Realme turut menggunakan cangkuk jenis standard sama seperti kebanyakan jam tangan biasa.

Kalau anda perasan, tali jam tangan ini turut terdapatnya slogan “DARE TO LEAP” yang biasa kita boleh lohat pada beberapa telefon pintar Realme sebelum ini. Disebabkan ia menggunakan kemasa hitam pusam yang menyeluruh. Jadinya, slogan ini tidak begitu jelas kelihatan melainkan ia dilihat dengan teliti. Untuk pengetahuan anda juga, tali yang bersaiz 22mm ini juga boleh ditanggalkan dan ditukar ganti sekiranya mahu. Oleh itu, semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sekiranya anda tidak menyukai dengan tali sedia ada. Anda masih boleh sahaja menukarnya kepada tali yang lebih selesa.

Secara keseluruhan, Realme Watch 2 berada di tahap yang boleh diterima. Kualiti tali mungkin dirasakan biasa-biasa sahaja. Tetapi, ianya menjadi positif apabila digabungkan dengan rekaan jam tangan yang tidak terasa berat di pergelangan tangan. Bahkan, kami menggunakannya sewaktu melakukan aktiviti sukan, bekerja dan tidur terasa selesa sahaja dan langsung tidak mengganggu. Kemudian, paparan skrin juga cukup terang dan kebanyakan elemen seperti teks serta nombor boleh sahaja dibaca dengan baik. Bagaimanapun, disebabkan ia hanya menggunakan skrin LCD. Jadinya, anda akan perasan penghasilan warna akan kelihatan sedikit pudar.

Seperkara lagi, perkara kurang menyenangkan yang bakal anda perasan adalah saiz bezel pada muka jam yang tersangatlah tebal. Akibatnya, anda akan mula merasai pengalaman penggunaan skrin itu akan sedikit terganggu dan terasa kurang selesa. Selain daripada itu, Realme Watch 2 juga tidak didatangkan dengan sistem Always On Display. Kesemua perkara ini mungkin sedikit menjengkelkan bat pengguna. Bagaimanapun, penawaran julat harga yang rendah sebegini pastinya tidak semuanya sempurna, bukan?


Sistem Operasi Dan Kawalan :

Dari segi sistem operasi, Realme Watch 2 mempunyai sistem operasinya yang tersendiri. Fungsinya juga dilihat terlalu asas dan tiada sebarang kebolehan untuk memasang apa-apa aplikasi tambahan. Menyentuh soal rekaan antaramuka, ianya cukup minimalis dan mudah untuk dipelajari. Susunaturnya juga kelihatan mesra pengguna. Kami merasakan, anda sendiri sudah pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan antaramukanya ini.

Dari segi kawalan, tatalan ke atas akan memberikan anda akses kepada sejumlah aplikasi terpasang pada jam tangan. Misalnya, anda akan temui mod-mod sukan yang disokong, penggera, tetapan dan lain-lain. Seperkara yang anda perlu tahu, Realme Watch 2 sememangnya menyokong penarafan kalis air IP68. Namun begtitu, Realme sama sekali tidak menyarankan anda untuk memakainya sewaktu berenang mahupun mandi. Mungkin disebabkan hal tersebut Realme langsung tidak menyertakan mod untuk aktiviti renang pada jam tangan ini.

Seterusnya, tatalan skrin ke bawah pula akan membolehkan anda melihat pelbagai notifikasi yang diterima daripada telefon pintar yang disambungkan. Ini termasuklah beberapa pemberitahuan daripada pelbagai jenis aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan lain-lain. Bagaimanapun, anda perlu tahu bahawasanya sistem notifikasinya ini terlalu asas.

Melaluinya, anda boleh membaca mesej tetapi tidak boleh membalasnya terus daripada jam tangan. Sama seperti notifikasi untuk panggilan masuk, anda hanya boleh menerima notifikasi sahaja tanpa sebarang kebolehan menjawabnya secara terus daripada jam tangan. Jadinya, anda masih perlu bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar untuk semakan yang lebih terperinci.

Seterusnya, tatalan ke kiri pula akan menyajikan anda akses pintas pada jam tangan. Melaluinya, anda boleh temui pelbagai perkara seperti status bateri, sambungan bluetooth, tetapan keterangan, mod penjimatan bateri dan lain-lain lagi. Akhir sekali, tatalan ke kanan akan membolehkan anda mengakses beberapa info seperti kiraan tapak, kadar degupan jantung, kemaskini cuaca dan kawalan pemain muzik.

Proses penukaran muka jam juga boleh dilakukan dengan mudah. Di mana, anda hanya perlu menekan muka jam dengan sedikit lama, kemudiannya ia akan menghasilkan satu getaran. Seterusnya, amda boleh memilih sehingga enam muka jam berbeza untuk digunakan. Selebihnya pula, anda boleh mengaksesnya menerusi aplikasi Realme Link. Realme menjanjikan sehingga 100 muka jam yang akan ditawarkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Dari segi pengalaman peribadi, kami tidak mengalami sebarang masalah yang melampau sepanjang ulasan ini dibuat. Bukan itu sahaja, proses tatalan juga terasa baik-baik sahaja. Cuma, ada ketikanya masalah lengah masa itu masih berlaku untuk situasi tertentu.


Pengalaman Penggunaan :

Pertama kali menggunakannya, pastikan anda menyambungkannya terlebih dahulu kepada telefon pintar dengan menggunakan aplikasi Realme Link. Aplikasi ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS, kemudiannya proses sambungan agak mengambil masa kira-kira 15 saat. Menerusi aplikasi ini, anda boleh menjumpai pelbagai jenis data yang terkumpul. Misalnya, kiraan untuk langkah harian, log aktiviti, bacaan SpO2 dan lain-lain.

Di samping itu, anda juga boleh mengenalpasti pola tidur setiap hari. Setiap jumlah data terkumpul menunjukkan perincian yang baik dengan adanya kiraan untuk beberapa situasi – seperti tempoh masa tidur, tempoh tidur yang nyenyak, masa terjaga dan lain-lain. Pada masa sama, ia juga berupaya mengukur kadar denyutan jantung ketika sedang tidur yang menunjukkan hasilnya dalam bentu graf garis.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa tetapan lain yang boleh dijumpai pada aplikasi ini. Misalnya, kebolehan untuk penukaran muka jam, tetapan notifikasi untuk panggilan / aplikasi, peringatan minum air, pemantauan jantung secara manual dan lain-lain. Seperti yang anda nampak di bawah, setiap satu daripadanya mudah sahaja untuk diakses dan ianya turut dipaparkan dengan teratur.

Dari segi kemampuan menjejak, ianya berada di tahap yang boleh diterima. Bacaan nadi juga kelihatan konsisten. Cumanya bacaan anggaran untuk tapak kerap kali kurang tepat. Kekurangan pada GPS juga membuatkan prestasinya sedikit terjejas. Sila ambil perhatian, Realme Watch 2 tidak didatangkan dengan sokongan sistem GPS terbina. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan penjejakan jarak yang sentiasa tepat. Seterusnya, anda juga perlu sentiasa membawa bersama telefon pintar untuk mengesan jejak setiap langkah.


Ketahanan Bateri :

Dengan kapasiti bater 315mAh, Realme mengiklankan jam tangan ini mampu beroperasi sehingga 12 hari lamanya. Bagi kami, ia bukanlah satu dakwaan yang tidak berasas, sebaliknya hampir tepat. Di mana, kami mendapati Realme Watch 2 mampu untuk bertahan mencapai 9 hari dengan satu pengecasan penuh. Ini termasuklah, kami menggunakannya untuk pelbagai fungsi sedia ada dan disambungkan pada telefon pintar secara berterusan. Proses pengecasan semula boleh dibuat menggunakan pad magnetik yang disertakan di dalam kotak pembungkus. Melaluinya, Realme Watch 2 boleh dicas penuh kurang daripada 2 jam.


Kesimpulan :

Boleh dikatakan penawaran pada Realme Watch 2 masih boleh diterima. Rekannya yang kelihatan baik dan ringan. Kemudian, ia juga dilengkapi keupayaan ciri dan fungsi baik yang diperlukan dalam sesebuah jam tangan pintar asas bagia memastikan pengguna untuk kekal sihat. Bukan itu sahaja, sejumlah kebolehan lain seperti kawalan pemain audio, penggera, fungsi carian peranti pintar dan lain-lain turut sama memudahkan urusan harian pengguna yang begitu sibuk dengan pelbagai tugas yang hendak diselesaikan.

Tetapi sudah pasti disebalik perkara tadi masih ada kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Misalnya, warna skrin yang kurang menyerlah, ketiadaan sokongan GPS terbina dan rekaan yang mungkin kelihatan murah. Meskipun begitu, sudah pastinya kita tidak boleh mengharapkan yang lebih pada sebuah peranti yang dijual pada harga rendah sebegini. Dalam erti kata mudah, anda dapat setanding dengan nilai yang dibayar.

Sekiranya Realme bukan jenama pilihan anda. Usah khuatir, masih banyak pilihan lain yang boleh dipertimbangkan daripada beberapa jenama lain – antaranya seperti Amazfit, TicWatch dan lain-lain. Sekadar selingan, anda juga mungkin boleh menyemak pandang pertama kami untuk Realme Watch 2 Pro.


Pro

  • Binaan yang ringan & selesa digunapakai.
  • Harga rendah & mampu-milik.
  • Berupaya menjalankan fungsi asas dengan baik.
  • Ketahanan bateri memuaskan.
  • Tali boleh ditukar dengan mudah.

Kontra

  • Paparan kurang menonjol
  • Fungsi terlalu asas & tiada sokongan aplikasi tambahan.
  • Tiada sokongan sistem GPS terbina.
  • Tiada keupayaan membalas untuk notifikasi diterima.
  • Terdapat penarafan kalis air & debu IP68, tetapi tidak boleh dibawa berenang atau mandi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami