Cari @ Amanz

Kewujudan mengenai Nokia C20 Plus telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lalu. Ia berikutan tersebarnya satu lakaran yang menunjukkan gambaran kasar mengenai rekaan dan juga kapasiti bateri pada peranti.

Dalam perkembangan terkini, markah penanda arasnya pula telah ditemui menerusi laman Geekbench. Peranti ini muncul dengan kod nama HMD Global Nokia C20 Plus dan ia menunjukkan sejumlah informasi berkaitan spesifikasi utama pada peranti.

Melaluinya, peranti ini akan didatangkan dengan cip pemproses lapan-teras Unisoc dengan kod nama “Sirius” bersama-sama dengannya. Terdapat dakwaan menyatakan ia mungkin menggunakan cip yang sama seperti Nokia C20 versi standard sebelum ini.

Seterusnya, juga akan menampilkan memori sebesar 3GB RAM dan menjalankan sistem operasi terkini Android 11. Penyenaraian turut memperlihatkan kutipan untuk markah penanda aras peranti – di mana ia mencatatkan 126 mata untuk ujian satu teras. Sementara itu, sebanyak 476 mata pula untuk ujian pelbagai teras.

Buat masa ini itu sahaja, informasi berkaitan peranti yang diketahui. Spekulasi awal menyatakan Nokia C20 Plus akan hadir dengan sokongan dwi-kamera utama yang diletakkan pada modul kamera berbentuk bulat. Dalam pada itu, ia juga akan dibekalkan bateri 5000mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd