Gambar Yang Diterima Dari GMail Boleh Terus Disimpan Dalam Google Photos

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun Google akan menghentikan sokongan kuota tanpa had pada sandaran imej dalam pelan kualiti tinggi, mereka masih bersungguh-sungguh menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan storan awan mereka. Untuk pengguna percuma, ada alatan untuk mengurus storan dan pengguna yang ada duit akan melanggan pelan-pelan yang ditawarkan.

Terkini, Google memperkenalkan butang simpan gambar baharu pada GMail. Setiap emel yang diterima pengguna dan dibuka menggunakan GMail – gambar JPEG yang dikesan boleh terus simpan ke Google Photos. Pengguna akan melihat pilihan butang Save to Photos. Butang ini akan berada di sebelah butang Add to Drive. Menurut Google, melalui penawaran ini pengguna tidak lagi perlu membuat sandaran imej daripada emel secara manual menggunakan Google Photos.

Ciri ini akan diedarkan bermula 26 Mei dan akan berterusan selama 15 hari untuk edaran secara lebih meluas. Memandangkan Play Store tiada kemaskini terkini untuk aplikasi GMail dan Google Photos pada peranti saya, mungkin ia adalah ciri yang diedarkan daripada bahagian pelayan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami