Cari @ Amanz

Huawei sedia menjadualkan acara pengenalan untuk sejumlah produk baharu mereka berasaskan HarmonyOS pada 2 Jun 2021 kelak. Dalam perkembangan terkini, salah satu daripada produk berkenaan telah mula dikongsi oleh pihak Huawei dalam hantaran terkini di Weibo.

Memetik kapsyen pada hantaran, jelas menunjukkan bahawa mereka bakal hadir dengan peranti boleh-pakai terbaru dikenali sebagai Huawei Watch 3. Melaluinya, Huawei menjanjikan satu pengalaman penggunaan yang lebih baik bersama sejumlah peningkatan ketara untuk pemantauan kesihatan pengguna.

Di samping itu, ia juga akan menyokong fungsi e-Sim, jangka hayat bateri yang lebih baik dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS bersama-sama dengannya. Melaluinya, ia dikatakan bukan sahaja mempunyai antaramuka serba baharu, tetapi turut menyokong pemasangan aplikasi pihak ketiga dan lebih banyak fungsi menarik lain.

Huawei Watch HarmonyOS Demo

Buat masa ini, masih tidak diketahui mengenai rekaan fizikal pada jam tangan pintar ini. Namun begitu, imej acah mendedahkan ianya akan hadir dengan butang fizikal khusus yang mana kita boleh menyasarkan bertujuan untuk kawalan pada jam tangan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd