Cari @ Amanz

Khairy Jamaluddin hari ini telah memohon maaf ke atas masalah pendaftaran vaksin AstraZeneca, dan turut menyatakan vaksin AstraZeneca akan disertakan dalam senarai vaksin arus perdana. Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu melalui sebarang pendaftaran khusus – sebaliknya memadai dengan pendaftaran untuk senarai vaksin arus perdana PICK.

Disamping itu, kerajaan juga turut sedang melihat kepada kebolehan memberikan pilihan kepada orang ramai untuk memilih vaksin yang ingin diterima mereka.

“Saya sedang melihat kepada satu kemudahan yang mungkin bakal kita beri kepada orang ramai, dimana orang ramai boleh membuat pilihan kepada vaksin yang mereka terima melalui aplikasi MySejahtera”, kata Khairy Jamaluddin.

Untuk tujuan berkenaan, MySejahtera dijangka akan menerima kemaskini untuk aplikasi berkenaan tidak lama lagi.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan orang ramai – dan membolehkan orang ramai memilih apakah suntikan vaksin yang diinginkan mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan pelaksanaan ini, memandangkan beberapa perkara masih perlu dilihat sebelum melaksanakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd