WellPaper Menujukan Pola Penggunaan Peranti Pengguna Menerusi Imej Latar Belakang Aktif

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OneLab Studio adalah aplikasi pembangunan aplikasi oleh OnePlus. Mereka adalah seakan Google dengan Area 120, di mana pelbagai inovasi diperkenalkan untuk pengguna melalui aplikasi sahaja. Beberapa minggu lalu, OnePlus Lab hadir dengan Clipt – aplikasi papan klip yang boleh digunakan secara rentas platform. Ia adalah pesaing percuma kepada Pushbullet yang kini berbayar.

Terkini, OneLab Studio hadir dengan aplikasi Digital WellPaper. Ia adalah aplikasi gambar latar belakang yang menawarkan imej hidup. Konsep aplikasi ini adala seakan salah satu rekaan Always-On Display OnePlus yang diperkenalkan pada OnePlus 8T. Terdapat jalur yang berubah warna mengikut corak penggunaan peranti masing-masing.

Aplikasi ini menawarkan tiga gambar latar belakang yang terdiri daripada Composition, Radial, dan Glow. Setiap gambar memaparkan enam warna yang mewakili enam elemen penggunaan aplikasi pengguna berdasarkan kategori. Ia menggunakan konsep Digital Wellbeing daripada Google, di mana pengguna boleh memantau corak penggunaan untuk kawal diri daripada obsesi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami