Cari @ Amanz

Sony sebenarnya antara yang terawal menawarkan peranti untuk permua Xperia Play pada tahun 2011. Tetapi sokongan aplikasi yang tidak memuaskan serta teknologi yang belum cukup matang, percubaan awal ini tidak begitu berjaya. Tetapi sedekad telah berlalu dan kini industri permua lebih menguntungkan berbanding konsol dan PC.

Oleh itu dalam teks ucapan kepada pelabur, CEO Sony Jim Ryan mengatakan syarikat kini bercadang untuk menawarkan lebih banyak permainan AAA mereka ke platform peranti mudah alih. Ini akan dilakukan menjelang suku pertama 2022. Strategi ini sama seperti yang telah dilakukan Nintendo dan syarikat seperti Activision yang kini menjana pendapatan tinggi menerusi permua Super Mario Run dan Call of Duty Mobile.

Sony kini tidak lagi hanya menawarkan permainan sendiri di konsol tetapi sudah terbuka kepada platform PC buat pertama kalinya dengan Days Gone dan Death Stranding, dua lagi permainan yang tidak lagi eksklusif di konsol. Mungkinkah kelak kita akan dapat melihat Uncharted Mobile dan God of War Mobile. Hanya masa akan menentukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd