Super Mario Run akhirnya hadir ke platform Android minggu lalu selepas ia dilancarkan untuk peranti iOS pada bulan Disember. Kami memuat turun permua ini dan terus menyahpasang kerana ia adalah agak membosankan. Sekiranya anda seperti kami, anda tergolong di dalam kategori majoriti.
Pihak Nintendo mengakui Super Mario Run gagal mencapai sasaran jualan mereka. Berapakah jumlah sasaran mereka tidak pula diketahui. Mereka berharap dengan pelancarannya pada platform Android, jumlah jualan akan akhirnya dapat dicapai tahun ini. Masalah utama dengan permua ini ialah ia perlu dibeli tidak seperti Pokemon GO.
Pada waktu yang sama ia menggunakan jumlah daya yang tinggi untuk dimainkan. Di iOS hanya 5% peratus dari hampir 80 Juta pengguna yang memuat turun membeli aplikasi selepas mencuba versi percuma. Adakah anda antara membeli permua ini?