Poco F3 GT Dengan Cip MediaTek Dimensity 1200 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip MediaTek Dimensity 1200 telah dilancarkan sekitar bulan Januari yang lalu. Sehingga kini, kita juga telah sedia melihat beberapa pengeluar hadir dengan penawaran peranti bersama janaan cip berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, Poco turut mempunyai perancangan yang sama untuk hadir dengan penawaran sedemikian menerusi Poco F3 GT. Kehadirannya juga telah mula diacah menerusi satu video pendek berdurasi 8 saat yang dimuat-naik di laman Twitter rasmi Poco. Memetik kapsyen pada hantaran berkenaan, Poco seakan menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada model yang berkenaan.

Tapi sayang, Poco masih belum memberi bayangan lanjut mengenai rekaan pada peranti tersebut – sekaligus terus menimbulkan tanda tanya sehingga kini. Namun begitu, terdapat desas-desus mengatakan ia berkemungkinan besar hanyalah Redmi K40 Game Enhanced Edition yang dijenamakan semula untuk pasaran India.

Poco telah mengesahkan bahawa peranti pintar ini akan diperkenalkan sekitar suku ketiga 2021. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami