Twitter Menguji Ciri Reaksi Kepada Ciapan Seperti Facebook

Diterbitkan pada Mei 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter memperkenalkan ciri Spaces seakan Clubhouse dan Fleet seakan Stories. Kini satu lagi ciri baharu akan diperkenalkan dan ia meminjam pula ciri reaksi seperti yang digunakan di Facebook.

Jane Wong, peniris ciri baharu yang sedang diuji yang cukup ternama menemui ciri reaksi ini semalam. Di bawah ciapan pengguna boleh meninggalkan 10 reaksi berbeza seperti Like, Cheer, Hmm, Sad dan Haha. Menerusi reaksi ini, penghantar ciapan boleh melihat reaksi dari orang ramai dan orang ramai pula dengan lebih jelas boleh menunjukkan pendapat mereka tanpa perlu menaip sebarang teks.

Tidak diketahui sama ada ciri ini akan diberikan kepada semua atau kepada pelanggan Twiter Blue apabila dilancarkan kelak. Pengenalan ciri-ciri baharu di Twiter memang membuatkan platform lebih seronok digunakan tetapi hakikatnya majoriti sebenarnya inginkan ciri suntingan yang masih belum kunjung tiba.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami