Carian
PropertyGuru Mengambil-Alih iProperty Malaysia
May 31, 2021 Aman

Bagi mereka yang mencari hartanah, semestinya antara laman yang tidak asing lagi adalah PropertyGuru dan juga iProperty. Hari ini, pihak PropertyGuru telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih operasi REA di Malaysia – yang mengendalikan portal iProperty Malaysia dan juga Brickz.

Selari dengan proses ini juga, REA pula akan menerima pegangan sebanyak 18% pada syarikat PropertyGuru.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan membolehkan kedua-dua syarikat mengabungkan sumber operasi, memacu inovasi, serta menerajui arena hartanah dan teknologi di Malaysia.

iProperty Guru

Melalui laman PropertyGuru, ia telah ditubuhkan pada 2007 yang lepas, dan mempunyai lebih 12 juta kunjungan setiap bulan. iProperty turut telah beroperasi sejak 2007 yang lepas, dan merupakan salah satu syarikat yang diasaskan oleh Patrick Grove yang turut mempunyai pegangan pada iFlix, dan RevAsia sebelum ini. Patrick Grove sendiri sebelum ini telah memperkenalkan laman hartanah terbaru dinamakan Instahome.

Urus niaga pengambil-alihan iProperty Malaysia oleh PropertyGuru ini dijangka selesai pada bulan Julai 2021 kelak.

Komen