Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Skrin Pintar Yang Menggabungkan Apple TV dan HomePod

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sudah mempunyai speaker pintar HomePod sejak empat tahun lalu. HomePod telahpun dihentikan dan digantikan dengan HomePod Mini. Kini menurut laporan Bloomberg, Apple sedang membangunkan skrin pintar tersendiri seperti Google Nest Hub.

Peranti yang sedang diuji menggabungkan ciri HomePod dan Apple TV lengkap dengan kamera yang membolehkan ia memalukan panggilan video FaceTime. Saiz tidak diketahui lagi kerana ia mungkin sekecil Nest Hub atau lebih menyerupai skrin pintar Huawei Vision S yang mencapai saiz 65″.

Pro Display XDR

Skrin pintar ialah peranti yang masih belum ditawarkan oleh Apple kepada pengguna. Pada waktu ini Google dan Amazon adalah dua nama besar dengan pengangan pasaran terbesar. Google dengan Nest Home dan Amazon pula dengan Alexa Echo Show.

Pasaran “skrin pintar” bersaiz besar pula kini dikuasai oleh Samsung menerusi televisyen pintar berkuasa Tizen. Boleh dibayangkan Apple menawarkan sebuah peranti seperti Apple Pro Display XDR tetapi dilengkapi kamera terbina.¬†Seperti biasa Apple biasanya lambat memasuki pasaran tetapi kemudiannya berjaya mengejar pesaing mereka. Adakah pisang akan berbuah lima kali?

Sumber Bloomberg

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami