Carian
Apple Menghentikan Pengeluaran HomePod
March 13, 2021 Effi Saharudin

Apple HomePod dilancarkan empat tahun lalu sebagai speaker pintar pertama dari mereka. Selepas bertahun dipasarkan, ia masih belum ditawarkan di tahap global seperti produk Apple yang lain. Kini menurut laporan TechCrunch, pengeluaran Apple HomePod akan akhirnya dihentikan.

Apple sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran HomePod Mini sahaja yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah. Pada waktu ini HomePod masih lagi dijual selagi stok masih ada.Di kedai atas talian Apple, HomePod disenaraikan sebagai telah kehabisan stok pada waktu ini. Oleh itu bagi mereka yang selama ini menantikan HomePod tiba di Malaysia, hasrat ini akan berkubur dan perlu berpuas hati dengan HomePod mini sahaja.

Komen