Pelanggan Astro Movie Pack Kini Boleh Mengaktifkan Langganan Disney+ Hotstar

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disney+ Hotstar boleh dilanggan orang ramai bermula tengah malam tadi. Dengan penawaran ini akhirnya platform penstriman yang sudah lama ditunggu akhirnya dapat dinikmati di Malaysia. Tetapi seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, pelanggan Astro Movie Pack secara automatik menerima langganan Disney+ Hotstar dengan bayaran tambahan RM5.

Bermula tengah hari ini, pelanggan Astro Movie Pack bole menebus langganan Disney+ Hotstar menerusi pautan astro.com.my/disney. Kemudian pilih untuk mengaktifkan langganan Disney+ Hotstar menggunakan Astro ID. Pelanggan akan diminta memasukkan nombor telefon mudah alih. Setelah langganan ditebus pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar dan menggunakan nombor telefon mudah alih yang sama.

Ketika artikel ditulis, laman Astro sedang mengalami gangguan untuk mengesahkan langganan kerana terlalu ramai pelanggan yang melakukan penebusan akaun secara serentak.

Sumber Astro

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami