Carian
Cip Exynos Dengan GPU AMD RDNA 2 Akan Dilancarkan Tahun Ini
June 1, 2021 Effi Saharudin

Selepas menjalinkan kerjasama dua tahun yang lalu, ramai menantikan cip Samsung dan AMD yang menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat. Di Computex hari ini, ketua pegawai eksekutif AMD Dr. Lisa Su mengesahkan GPU RDNA 2 akan akhirnya diperkenalkan pada cip Exynos.

Cip akan diperkenalkan dengan pengeluaran pertama peranti pertamanya juga tahun ini. Terdapat ura-ura cip akan menggunakan nama Exynos 2200 dan ia terlebih dahulu digunakan pada komputer riba. Ia dilhat sebagai jawapan Samsung kepada Apple M1 yang kini merajai carta cip untuk peranti mudah alih. Selepas digunakan pada komputer riba Exynos 2200 mungkin akan digunakan juga pada telefon pintar keluaran Samsung.

GPU RDNA 2 pada waktu ini digunakan kad grafik AMD siri 6000, konsol PS5, Xbox Series X dan Xbox Series S. Ia diharapkan akan akhirnya menawarkan kemampuan grafik moden seperti raytracing dan variable rate shading pada peranti mudah alih.

Sumber AMD

Komen