Xiaomi Mi TV 4A Horizon Edition Bersaiz 40-Inci Dilancarkan Di India

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Xiaomi sedia hadir dengan penawaran Mi TV 4A Horizon Edition sekitar September tahun lalu. Melaluinya, terdapat dua saiz skrin yang telah diperkenalkan iaitu 32-inci dan 43-inci. Ia juga merupakan televisyen mampu milik degan rekaan yang premium bersama binaan bezel yang nipis.

Dalam perkembangan terkini, Xiaomi dilihat hadir dengan Xiaomi Mi TV 4A Horizon Edition dalam varian baharu iaitu 40-inci pula. Tiada sebarang perubahan untuk spesifikasi dalaman yang dibuat oleh Xiaomi. Satu-satunya perbezaan adalah saiz panel paparan sahaja. Pengenalannya juga dirasakan amat bersesuaian dengan keperluan pengguna yang mahukan varian lebih kecil berbanding saiz 43-inci sedia ada.

Untuk spesifikasi khusus, Mi TV 4A 40 Horizon Edition dilengkapi paparan berasaskan LCD yang menyokong resolusi 1920 x 1080 piksel (FHD). Ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencecah 93.7% di samping sokongan paparan Vivid Picture dan Mi Quick Wake yang membolehkan televisyen dihidupkan dalam masa 5 saat.

Mi TV 4A 40 Horizon juga dijana dengan cip pemproses empat-teras Amlogic 64-bit (ARM Cortex A53 CPU) yang dipadankan dengan GPU Mali-450, memori 1GB RAM dan 8GB storan dalaman secara terbina. Seterusnya, ia juga menjalankan sistem operasi Android TV 9 dengan antaramukla Xiaomi.

Turut melengkapinya adalah sistem pembesar suara dua unit dengan output 20W dan sokongan untuk DTS-HD. Pilihan input pula adalah 3 x HDMI, 2 x USB 2.0, AV (mini), Antena, S/PDIF, 1x Ethernet dan 1x bicu 3.5mm. Di India, televisyen ini dijual pada harga ₹23,999 (~RM1,359) utuk sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami