Sony Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada Minggu Hadapan – Mungkin Sony WF-1000XM4

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony menerusi laman YouTube rasminya dilihat menjadualkan sebuah acara untuk pengenalan produk baharu pada minggu hadapan – iaitu 9 Jun 2021. Tapi sayangnya, ony dilihat sekadar mengacah sahaja tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut – termasuk mengenai nama model yang bakal dilancarkan kelak.

Namun begitu, merujuk kepada kapsyen yang bertulis “Sony Announcement for Music Lovers June 2021” – sekaligus memberi gambaran bahawa mereka bakal melancarkan aksesori audio baharu. Ia berkemungkinan besar adalah fon telinga Sony WF-1000XM4.

Menurut spekulasi awal, rekaan fizikal termasuklah pod pengecas Sony WF-1000XM4 menunjukkan perubahan yang agak drastik. Di mana, putik audio XM4 adalah lebih padat dengan rekaan yang kelihatan lebih futuristik. Pad sesentuh masih berbentuk bulat tetapi sedikit lebih besar.

Seterusnya, pod pengecas merangkap tempat simpanan juga lebih kecil dan bulat dengan port pengecasan USB-C pada bahagian belakang bukan lagi di bawah. Di samping itu, WF-1000XM4 juga dikatakan akan menyokong sokongan audio LDAC dan Hi-Res.

Sumber : YouTube Sony

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami