Carian
Huawei Akan Memberikan Kemaskini HarmonyOS Ke 100 Peranti
June 2, 2021 Effi Saharudin

Dengan HarmonyOS menjadi sistem operasi untuk kesemua peranti keluaran mereka selepas ini, senarai peranti yang akan menerimanya telahpun dikongsi sebentar tadi. Ia terdiri dari peranti baharu seperti Mate40 hinggalah ke peranti yang sudah agak berusia seperti P10.

Dari senarai yang dikongsi peranti siri P, Mate, Nova, V, dan MatePad akan diberikan kemas kini secara berperingkat bermula hari ini. Siri Mate40, Mate X dan P40 akan menjadi yang terawal menerimanya dengan proses pemberian akan berterusan sehingga suku pertama 2022.

Dengan penggunaan HarmonyOS, isu peranti lama yang masih menggunakan Android tetapi tidak lagi menerima sokongan sejak sekatan perdagangan dikenakan akan berakhir. Kepada pengguna dengan Android dan GMS, kemas kini akan mengakibatkan ia digantikan dengan HMS. Setakat ini kesemua senarai yang diberikan adalah untuk pasaran China dengan senarai peranti global dan tarikh penerimaannya belum diumumkan.

Komen