Huawei MatePad Pro 10.8″ Dikemaskini Dengan Snapdragon 870 dan M Pencil Generasi Kedua

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MatePad Pro 10.8 dilancarkan Februari lalu dengan cip Kirin 900. Jadi adalah agak mengejutkan apabila tablet ini telah dilancarkan semula dengan cip Snapdragon 870. Skrin 10.8-inci LCD dengan resolusi 2560 x 1600 pixel dipadankan dengan Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Tablet ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 7250mAh dengan pengecasan pantas 40W. Menariknya, Huawei turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar pada tablet ini, yang turut boleh digunakan mengecas peranti lain secara nirwayar.

Untuk rakaman gambar, Huawei menyertakan kamera swafoto 8-megapixel di hadapan, selain kamera belakang 13-megapixel. Melengkapkan tablet ini adalah sokongan aksesori seperti stylus terkini Huawei M Pencil generasi kedua dan aksesori papan kekunci Smart Magnetic Keyboard baharu. Dari segi audio pula, tablet dilengkapi empat pembesar suara dengan sistem audio Huawei Histen 7.

Huawei juga turut mengemaskini sistem operasi ke HarmonyOS 2.0 yang membawakan pelbagai ciri baharu yang tidak disokong pada sistem operasi Android. Di China Huawei MatePad Pro 10.8″ ditawarkan pada harga bermula RMB 3799 (~RM2455) untuk versi 128GB/WiFi dan RMB 5299 (~RM3425) untuk versi 256GB dengan stylus dan papan kekunci.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami