Cari @ Amanz

Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan Galaxy SmartTag, sementara Apple pula telah hadir dengan Apple AirTag. Kedua-duanya merupakan penjejak pintar, yang membolehkan pengguna memasangnya pada sebarang barangan – seperti beg, dompet, alat kawalan dan sebagainya, sekaligus menjejak dan mencarinya bila hilang atau tersilap letak.

Pasaran ini dulunya diterajui oleh Tile, dan kini turut mula disertai pelbagai pengeluar peranti seluruh dunia.

Terbaru, OnePlus dilihat telah memfailkan tanda dagang untuk “OnePlusTag”, sekaligus memberikan petanda yang mana OnePlus turut akan menawarkan aksesori lebih kurang sama kepada pengguna.

Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran tanda dagang sahaja, dan mungkin mengambil sedikit masa untuk pengenalan. Untuk makluman, Oppo turut dilihat sedang membangunkan penjejak mereka tersendiri sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd