Oppo Turut Akan Melancarkan Penjejak Barangan Tersendiri

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung dan Apple telah melancarkan penjejak barangan yang masing-masing cuba menyelesaikan masalah sukarnya mencari barang yang hilang di rumah. Samsung dengan SmartTag dan Apple pula dengan AirTag. Pengeluar seterusnya yang akan melompat masuk ke arena penjejak barangan ialah Oppo.

Rekaan Oppo Smart Tag telah tertiris ke arena web menerusi Digital Chat Station. Dari segi rekaan ia berbentuk bulat dengan sisi yang rata serta berwarna putih. Satu perbezaan ketara ialah ia nampaknya boleh dicas semula menggunakan port USB-C.

Kelebihan yang nyata kerana SmartTag dan AirTag masih-masing menggunakan sel bateri kering CR2032  yang tidak boleh dicas semula. Oppo Smart Tag turut dilengkapi sistem penjejakan UWB cuma tiada peranti Oppo menyokongnya pada waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami