Cari @ Amanz

Semalam Samsung Galaxy SmartTag+ akhirnya ditawarkan di Malaysia beberapa bulan selepas Galaxy SmartTag asal dijual. Versi SmartTag+ ini lebih berkuasa kerana menyokong ciri penjejakan ultra wide band (UWB) yang membolehkan arah objek dikesan dengan lebih pantas dan sokongan pencarian secara peranti terimbuh.

Di Malaysia Samsung Galaxy SmartTag+ dijual pada harga pengenalan RM109 sebuah tetapi kemudian akan dijual pada harga RM149 sebuah selepas tamatnya tempoh promosi. Dari segi rekaan tiada perubahan dilakukan. Tubuh penjejal objek masih diperbuat daripada bahan plastik dengan sisi yang dibulatkan.

Selain menjejak objek yang hilang, SmartTag+ juga boleh digunakan untuk mengawal peranti berhubung di rumah dan mencari telefon yang hilang dengan menekan butang fizikal pada tubuh peranti.

Sumber Samsung

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd