Vivo Y70t Dilancarkan Dengan Cip Exynos 880, Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Satu lagi peranti terkini Vivo di bawah siri-Y dilancarkan di China. Dikenali sebagai Vivo Y70t, ia merupakan sebuah lagi peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G terbina.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y70t mempunyai skrin bersaiz 6.53-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2340×1080 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Exynos 880, GPU Mali-G76 MP5, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 48MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Funtouch OS 10.5, Android 10, Bluetooth 5.1 dan lain-lain. Di China, Vivo Y70t dijual pada harga bermula RMB1,699 (~RM1095) untuk sebuah.

Sumber : Vivo China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami