Twitter Memperkenalkan Langganan Berbayar Twitter Blue Di Kanada Dan Australia – Menawarkan Ciri Tambahan, Termasuk “Undo Tweet”

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini telah memperkenalkan ciri Twitter Blue – iaitu perkhidmatan langganan berbayar daripada penyedia perkhidmatan sosial berkenaan yang menyasarkan pengguna tegar. Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan di Kanada dan Australia sahaja – masing-masing ditawarkan pada harga langganan $3.49 dan $4.49 sebulan.

Melalui Twitter Blue, ia menawarkan sejumlah ciri tambahan yang ditujukan untuk pengguna tegar. Antaranya adalah ciri “Undo Tweet” yang membolehkan anda menetapkan masa sehingga 30 saat sebelum sesuatu Tweet diterbitkan selepas ia dihantar.

Disamping itu, ciri Bookmark Folders turut disediakan yang membolehkan anda menguruskan Tweet-Tweet yang disimpan untuk rujukan masa hadpaan, disamping Reader Mode yang memudahkan anda membaca untaian Tweet yang panjang.

Twitter turut menyediakan pilihan untuk mengubah ikon Twitter pada telefon, disamping mengubah tewa warna Twitter.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelan Twitter Blue akan ditawarkan di Malaysia. Melalui penyenaraian sebelum ini, ia memberikan gambaran seumpama harga langganannya mungkin mencapai RM12.90 sebulan untuk pasaran tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami