Cari @ Amanz

Apple AirTag merupakan sebuah tag bersaiz kecil yang mengintegrasikan sokongan penjejak – sesuai untuk dipasangkan pada kunci, dompet, beg dan sebagainya, dan menjejak ia jikalau tersilap letak, atau hilang.

Ia telah ditawarkan di Malaysia, dan dijual pada harga RM129 setiap satu tag.

AirTag

Dalam memastikan privasi pengguna terus terjamin, Apple kini mengatakan sedang membangunkan aplikasi khusus untuk Android – yang membolehkan mereka mengetahui sekiranya terdapat AirTag atau sebarang peranti dibawah rangkaian Find My yang “bergerak” bersama mereka.

AirTag

Untuk makluman, Apple sedia menyertakan ciri berkenaan pada iPhone, iPad dan IPod Touch – dan akan memaparkan mesej “AirTag Found Moving With You”. Aplikasi untuk Android ini mungkin memaparkan mesej dan notifikasi lebih kurang sama sekiranya terdapat AirTag berhampiran atau “mengikuti” mereka.

Ia dijangka pengguna masih akan memerlukan peranti Apple tersendiri sekiranya ingin membuat penetapan untuk AirTag.

Apple menyasarkan untuk memperkenalkan aplikasi versi Android ini kelak pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd