Nubia Red Magic 6 Dan Red Magic 6 Pro Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Nubia sedia hadir dengan Red Magic 6 dan Red Magic 6 Pro di China sekitar bulan Mac yang lalu. Kira-kira sebulan selepas pelancaran berkenaan, peranti-peranti tersebut mula dibawa masuk ke pasaran global pula. Seperti biasa, ia merupakan peranti yang memfokuskan permua dan sokongan skrin pada kadar segar semula 165Hz menjadi salah satu titik utama padanya.

Dalam perkembangan terkini, Nubia Red Magic 6 dan Nubia Red Magic 6 Pro dilihat telah mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi lamanShopee dengan harga bermula RM2,999 untuk Nubia Red Magic 6 (12GB + 128GB). Manakala, Nubia Red Magic 6 Pro (16GB + 256GB) pula berharga RM3,499 untuk sebuah.

Lebih menariknya di sini, anda juga mempunyai beberapa pilihan lain untuk membelinya bersama-sama dengan aksesori tambahan pada harga RM3,099 untuk Nubia Red Magic 6 Gaming Set. Kemudian, Nubia Red Magic 6 Pro Gaming Set pula berharga RM3599. Mesra diingatkan, kesemua yang ditawarkan ini adalah peranti set global.

Sumber : Shopee Nubia Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami