Carian
PPV Pandu Lalu Akan Diperluaskan Ke Seluruh Negara
June 4, 2021 Effi Saharudin

Setakat ini terdapat dua pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Malaysia. Satu di Kelantan dan satu lagi di Kuala Lumpur. Dalam masa terdekat, PPV secara pandu lalu akan diperluaskan lagi ke seluruh negara bagi membantu mempercepatkan proses Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini.

Vaksin

PPV pandu lalu dilihat sesuai digunakan untuk proses suntikan dos kedua kerana penerima tidak perlu menjalani proses pengesahan identiti, mengisi borang pelepasan perubahan dan mendapatkan kad vaksinasi fizikal. Ia juga dilihat dapat membantu golongan OKU untuk mendapatkan vaksin dengan lebih cepat kerana tidak perlu keluar dari kenderaan.

Pada waktu ini PICK berjaya memberikan sekitar 105,000 suntikan vaksin sehari yang masih di belakang sasaran 150,000 sehari yang diperlukan untuk negara mencapai imuniti kelompok menjelang Disember 2021.

Sumber Bernama

Komen