Facebook Dijangka Melancarkan Platform Langganan Buletin Menjelang Penghujung Jun 2021

Diterbitkan pada Jun 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini, kita telah sedia melihat platform penerbitan buletin mendapat perhatian ramai – termasuk Substack, dan juga baru-baru ini oleh Twitter sendiri. Kini tidak ketinggalan adalah Facebook yang dalam persiapan melancarkan platform mereka tersendiri.

Facebook dilaporkan bakal memperkenalkan penawaran mereka yang tersendiri, dinamakan sebagai “Bulletin”. menjelang penghujung Jun 2021 ini.

Melalui perkhidmatan ini, ia akan membolehkan para penulis menawarkan penulisan mereka secara berbayar atau percuma kepada pengikut terus ke emel – selain pada masa yang sama ,mungkin membolehkan integrasi komuniti bersama Facebook Pages atau Groups.

Facebook dikatakan akan menjenamakan Bulletin ini sebagai jenama berasingan, dan mungkin menawarkan aplikasi berasingan untuknya.

Antara sebabnya adalah untuk mengasingkan penjenamaan Facebook dan Bulletin – sekaligus membolehkan penulis bebas menulis apa sahaja tanpa terikat dengan kontroversi yang sering melanda laman sosial berkenaan. Pada masa yang sama, Facebook juga dijangka akan boleh lari daripada membayar cukai sehingga 30% kepada kedai aplikasi.

Dengan hampir 3 bilion menggunakan Facebook setiap bulan, tidak mustahil Bulletin ini akan memberikan persaingan lebih sengit terhadap Substack dan juga Twitter sendiri.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Bulletin oleh Facebook ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami