Cari @ Amanz

Fossil merupakan salah satu pengeluar jam tangan pintar, dan sedia menawarkan jam tangan pintar berasaskan kepada Wear OS. Terbaru, dengan pihak Google mengumumkan Wear OS generasi baharu, ia dilihat tidak membawa berita baik kepada pengguna sedia ada jam tangan pintar Fossil.

Melalui temuramah pihak CNET bersama Fossil, syarikat berkenaan mengesahkan yang mana jam tangan pintar sedia ada Fossil tidak akan menerima kemaskini untuk Wear OS generasi baharu.

Sebaliknya, Fossil bakal memperkenalkan jam tangan generasi baharu mereka dengan sistem operasi Wear OS baharu ini pada masa akan datang.

Sebelum ini, Google telah mengumumkan mereka akan mengabungkan pelbagai kelebihan daripada Tizen OS yang digunakan oleh Samsung, ke dalam sistem operasi Wear OS – sekaligus menawarkan ketahanan bateri yang lama, disamping turut mengintegrasikan pelbagai mod kecergasan daripada Fitbit.

Jadi bagi pengguna jam tangan pintar Fossil sedia ada, mungkin anda tidak akan menerima kemaskini perubahan drastik pada sistem operasi jam tangan anda dalam masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd