Carian
macOS Monterey Tidak Boleh Dipasang Pada Beberapa Model Lama MacBook Pro Dan MacBook Air
June 8, 2021 Aman

Apple hari ini telah pun mengumumkan sistem operasi baharu macOS Monterey, yang mana hadir dengan sejumlah ciri baharu. Antaranya termasuk kemaskini pada pelayar web Safari, selain sokongan seperti Shortcuts, selain kebolehan menggunakan Universal Control.

Kemaskini sistem operasi ini bakal ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan berbeza dengan Big Sur sebelum ini, Monterey akan mematikan sokongan untuk beberapa model.

Apple mengatakan komputer yang boleh memasangnya adalah termasuk:

  • iMac 2015 dan terkini
  • iMac Pro 2017 dan terkini
  • MacBook Air 2015 dan terkini
  • MacBook Pro 2015 dan terkini
  • Mac Pro 2013 dan terkini
  • Mac Mini 2014 dan terkini
  • MacBook 2016 dan terkini

Ini sekaligus mematikan sokongan untuk model iMac 2014, MacBook Pro 2013 serta MacBook Air 2013 – yang kini disokong oleh Big Sur. Apa pun, memandangkan beberapa model ini telah berusia beberapa tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik-taraf komputer anda kepada model M1 terbaru.

Komen