Dengan pengenalan iOS 15, semestinya ia membuatkan ramai yang tidak sabar mencubanya pada peranti masing-masing. Dan pada masa yang sama turut membuatkan sesetengah pengguna untuk menantikan terlebih dahulu, dan kekal menggunakan sistem operasi sedia ada.
Menariknya, terbaru Apple akan membolehkan anda kekal menggunakan sistem operasi lama, tetapi kekal menerima kemaskini sekuriti yang penting.
Apple mengatakan iOS akan menawarkan anda pilihan untuk kekal antara dua versi sistem operasi – sama ada versi iOS 15 terbaru, atau kekal dengan iOS 14 bersama kemaskini sekuriti yang penting.
Ini akan membolehkan pengguna kekal dengan sistem operasi lama, tetapi bersama kemaskini sekuriti terbaru dalam memastikan peranti kekal selamat – sehingga bersedia beralih ke versi seterusnya.
Apple mengatakan pengguna akan dapat memilihnya pada halaman Settings pada iPhone mereka kelak.
Kemaskini iOS 15 ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna sekitar September atau Oktober kelak.