Oppo Dilaporkan Mendaftar Tanda Dagang “OCAR” – Untuk Kereta Oppo?

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa syarikat teknologi mula memfokuskan kepada arena automotif, termasuk seperti Xiaomi yang telah mengumumkan pembangunan bahagian automotif dan kenderaan mereka tersendiri, sementara Huawei yang menambah pelaburan dalam pembangunan komponen kenderaan pintar.

Oppo Kereta

Oppo turut tidak ketinggalan, dan telah dilaporkan sebelum ini yang mana mereka akan memasuki arena kereta elektrik. Selari dengannya, kini hadir laporan mengatakan Oppo telah memfailkan tanda dagang OCAR di China.

Mengikut desas-desus, CEO Oppo sendiri dijangka akan mengetuai bahagian pembangunan kenderaan iini – dan kini diperkatakan sedang melihat kepada sumber, mendapatkan tenaga pakar, dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pelaburan dalam arena ini atau sebaliknya.

Buat masa ini, pihak Oppo masih tidak mengesahkan berkenaan pelaburan dalam arena automotif. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada sekiranya spekulasi ini benar, maka adakah Oppo akan membangunkan kenderaan sepenuhnya seperti Xiaomi, atau sekadar membangunkan teknologi swapandu dan komponen berkaitan – seperti Huawei.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami