Realme C25s Kini Rasmi – Dikemaskini Dengan Helio G85 dan Bateri 6000 mAh

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme C25s telah diumumkan di India semalam. Ia hanyalah sekadar sebuah Realme C25 yang dikemaskini dengan cip MediaTek Helio G85 berbanding Helio G70 pada model sebelum ini. Oleh itu spesifikasi lain peranti tidak mempunyai banyak perubahan.

Peranti dilengkapi skrin 6.5″ LCD HD+, dijana cip Helio G85, memori sebesar 4GB dan storan sehingga 128GB. Bateri yang besar ini menyokong pengecasan pantas 18W menggunakan port USB-C. Kamera utama pula sebesar 13+2+2 MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Secara keseluruhan ia sebuah C25 dengan “enjin” yang ditukar.

Sistem operasi yang digunakan ialah Android 11 dengan pelancar Realme UI 2.0. Ia ditawarkan pada harga bermula ₹ 9999 (~RM 564) dalam warna Water Gray dan Water Blue.

Sumber Realme India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami