Cari @ Amanz

Realme kini memperluaskan lagi penawaran peranti pintar di bawah siri C dengan memperkenalkan Realme C25. Ianya telah diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara yang berlangsung di Indonesia, sebentar tadi. Dari segi luaran, idea untuk rekaannya diinpirasikan daripada sejumlah peranti di bawah siri Realme C yang lain – misalnya seperti Realme C11 dan Realme C20.

Untuk spesifikasi khusus, Realme C25 dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek G70 (12nm), memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 18W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (Makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari fizikal, Bluetooth 5.0 dan sebagainya. Untuk harga, Realme C25 dijual pada harga bermula IDR 2,300,000 (RM657).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd