Aplikasi Move to iOS Dikemaskini Untuk Memudahkan Lagi Proses Migrasi Dari Android

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Move to iOS dilancarkan pada tahun 2015 bagi memudahkan proses pengguna Android untuk berpindah dari Android ke iOS. Selama ini hanya gambar, senarai alamat, emel dan mesej sahaja. Tetapi bermula dengan iOS 15, lebih banyak data dari peranti Android boleh dipindahkan ke peranti iOS.

Move to IOS 15
Move to iOS

Pemindahan album, fail, folder dan tetapan ketercapaian (accessability) juga boleh dipindahkan terus ke pranti iOS. Dengan kata lain video, buku PDF dan muzik tanpa DRM juga dapat dipindahkan kesemuanya ke iPhone. Selama ini jika proses yang sama ingin dilakukan, pengguna perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga yang lain kerana tidak disokong secara rasmi oleh Move to iOS.

Sumber Apple

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami