Carian
Selangor Beri Rebat RM20 Untuk Grab Bagi Tujuan Perjalanan Mengambil Suntikan Vaksin
June 9, 2021 Aman

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 yang menawarkan sejumlah bantuan kepada rakyat Selangor. Antaranya adalah Data Internet Selangor, subsidi untuk langganan internet, dan turut diumumkan adalah rebat RM20 untuk mengambil perkhidmatan seru-pandu bagi tujuan perjalanan mengambil suntikan vaksin.

Bantuan ini memfokuskan kepada mereka yang berada di luar bandar, dan mempunyai kesukaran mendapatkan pengangkutan ke pusat suntikan vaksin. Bantuan ini akan diselaraskan bersama Pusat Khidmat Masyarakat setiap DUN akan menguruskan dan membantu mereka yang mengalami kesukaran logistik.

Insiatif ini akan bermula 1 Julai 2021, dan lebih memfokuskan kepada warga tua, dan dijangka membantu sekitar 50,000 individu.

Komen