Donald Trump : Lebih Banyak Negara Patut Mengharamkan Twitter Dan Facebook

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Donald Trump, bekas presiden Amerika Syarikat, kini mengatakan lebih banyak negara patut mengharamkan Twitter dan Facebook kerana tidak membenarkan kebebasan bersuara pada platform mereka.

Donald Trump mengatakan perkara ini, selari mengucapkan tahniah kepada Nigeria yang mengharamkan Twitter.

“Mungkin sepatutnya saya mengharamkannya ketika menjadi Presiden. Tetapi Zuckerberg sering membuat panggilan dan hadir ke White House dalam memuji saya”, kata Donald Trump.

Untuk makluman, sebelum ini Donald Trump telah diharamkan daripada platform sosial – kerana dilihat melanggar terma dan syarat perkhidmatan laman berkenaan, dan seumpama galakkan rusuhan pada awal tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami